Thursday, February 16, 2012

Permainan Al-Qur'an

Al-Qur’an | 20 Soalan Seseorang Dari Al-Qur’an

Setiap ahli usrah perlu memilih nama seseorang yang disebut dalam a-Qur’an. Ahli Usrah boleh bertanya hanya 20 soalan yang hanya boleh dijawab dengan Ya atau Tidak. Peserta hendaklah meneka siapakah tokoh mereka itu.

Contoh:

Adakah dia seorang lelaki? Ya

Adakah dia seorang nabi? Ya

Adakah dia mempunyai tongkat? Tidak

Adakah dia membina kapal? Tidak

Adakah dia mempunyai isteri bernama Hawa? Ya.

Jawapan: Adam

Musafir

Musafir

Dalam pemusafiran banyak perkara yang boleh dipelajari. Kita belajar tentang kepelbagaian manusia. Malahan kita belajar tentang diri kita sendiri. Bagi menambahkan ukhuwwah dalam kumpulan usrah. Naqib/ah digalakkan mengadakan satu musafir selama tiga hari dan dua malam. Bagi Naqib/ah yang masih dibawah umur, musafir ini perlulah diiringi oleh orang dewasa.

Diberi beberapa cadangan aktiviti semasa musafir diadakan. Aktiviti ini adalah bagi menguji dan menambahkan kepekaan kita lagi dalam melihat kekuasaan Allah dalam perjalanan musafir kita itu.

Aktiviti

Ambil gambar yang menarik dan aneh sepanjang musafir. Buat satu blog atau buku catatan apa yang kamu belajar daripada peristiwa tersebut.

Petikan buku 'Tip & Trik Usrah'

Wednesday, January 18, 2012

Program SAM Rawang, Selangor

Training usrah untuk Naqib/ah. Alhamdulillah komitmen yang diberikan amat dihargai.


Published with Blogger-droid v2.0.3

Sunday, January 1, 2012

Page FB 'Creative Sifu'

Asssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pembaca blog yang budiman.

Dipersilakan like page FB kami untuk update aktiviti dan permainan terkini.


Harapan kami agar ia memberikan manfaat yang banyak dalam setiap program atau aktiviti yang saudara dan saudari jalankan.

Sekian, kami gembira membantu.


Yusry Yusopp

Download Lembaran Kerja Kreativiti Da'ie

Dipersilakan Download!

Thursday, December 29, 2011

Roadshow Tim Creative Sifu 2012

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Insya-Allah Creative Sifu akan memulakan Roadshow Training 'Tip & Trik Usrah Berpengaruh' kami ke Institusi Pengajian Tinggi, Institut Pendidikan Guru, Politeknik, Kolej Komuniti, MRSM, Sekolah-sekolah menengah sekitar semenanjung Malaysia.

Kami komited untuk membantu Naqib/ah seawal sekolah menengah.

Roadshow Training ini akan dikendalikan oleh Saudara Yusry Yusopp(Pengasas Creative Sifu) dan Tuan Syed Faiz (Pengasas e-Usrah).

Program adalah PERCUMA!

Bagi yang berminat untuk bekerjasama mohon hubungi Saudara Yusry Yusopp (017-339 6166).

Kami sedia pergi ke mana sahaja (Semenanjung Malaysia buat masa ini). Kami gembira jika ia dapat membantu tuan-tuan membentuk tim tarbiyyah yang memberi kesan.

Kami gembira untuk membantu!

Saturday, July 30, 2011

Gambar Sekitar Bengkel Nuqaba SMA Al-Ulum Al-Syariyyah, Perak.

Published with Blogger-droid v1.7.2

Wednesday, July 6, 2011

Aktiviti bersama adik-adik di Ampang.

Kegembiraan yang tidak tertahan melihat susuk kerdil ini punya jiwa besar untuk melaksanakan usaha dakwah.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Percubaan dari Android

Percubaan dari android.

Nantikan beberapa aktiviti dan permainan islami terbaru minggu hadapan.

Creative Sifu
6 Julai 2011
Hulu Kelang
Published with Blogger-droid v1.7.2

Saturday, June 18, 2011

Menjadikan diri kita paling diingati.

"Insyaallah. Insyaallah. Insyaallah. Your find your way." Nada dering Maher Zain memecah kesunyian. Saya menjawab panggilan.
"Assalamualaikum. Boleh saya bercakap dengan Tuan Yusry." Suara daripada telefon membuka bicara.
"Yusry bercakap. Boleh saya bantu?"
Suara itu meneruskan perbualan," Saya Hamid. Peserta bengkel penulisan tuan di Bangi tempohari."
"Hamid yang mana ya?" Kerut dahi saya cuba mengingati setiap peserta yang hadir ke bengkel itu. Hampir 50 orang kesemuanya.
"Hamid yang membuat persembahan silap mata kad pada hari itu."

Ah-ha! Benak saya segera teringat sesosok tubuh lelaki kacak yang menunjukkan aksi silap matanya pada saya semasa memperkenalkan diri. Wajahnya sentiasa akan saya ingati. Kerana apa? Sudah tentu kerana dia memperkenalkan diri dengan cara yang luar daripada kebiasaan.

Minda manusia. Menjadi peka dengan ransangan. Ransangan bukan oleh perkara yang biasa. Ransangan berlaku apabila kita melalui pengalaman yang luar daripada kebiasaan. Seperti mana lelaki itu. Saya akan sentiasa mengingatinya oleh kerana luar biasa cara memperkenalkan dirinya kepada saya. Lalu, seperti biasa 49 peserta yang lain saya hanya akan ingat-ingat lupa. Kerana mereka memperkenalkan diri dengan cara biasa. Cara yang menyebabkan minda saya tidak mencatatkannya sebagai acara yang besar.

Lalu, di sini tentu timbul satu persoalan. Bagaimana kita mahu menjadikan diri kita sentiasa diingati? Melakukan sesuatu yang di luar kebiasaan. Pada sesetengah orang, ia adalah kegilaan.

Saya pernah melakukan kerja gila. Masa itu saya berkenalan dengan seorang pelajar universiti. Selepas kami berkenalan ringkas bertanya nama, asal dan berkaitan pengajian beliau, saya mengeluarkan gula-gula Kopiko. Lalu, saya katakan,"Semoga persahabatan yang akan terjalin adalah semanis dan sepahit gula-gula Kopiko." Pelajar itu kehairanan lalu bertanya, "Mengapa semanis dan sepahit gula-gula Kopiko?"

Saya menguntum senyum,"Kerana, begitulah kehidupan. Ia kadang kala manis, kadang kala pahit. Namun, kepahitan itu juga salah satu daripada kesedapan. Begitulah hubungan. Mungkin dalam sepanjang perkenalan kita di dunia ini kita akan tersasul atau tersilap kata. Tapi itulah kemanisan perhubungan. Apabila teruji."

Thursday, April 21, 2011

Aktiviti dan Permainan Terbaru!

Perjalanan Hidupku

Objektif: Melihat perjalanan hidup sejak lahir sehingga sekarang. Belajar daripada kepelbagaian pengalaman individu lain.

Material: Peta Malaysia dan kiub mewakili diri peserta.

Perlaksanaan:

1. Fasilitator membentangkan peta Malaysia dihadapan peserta.

2. Fasilitator mengagihkan kiub dan meminta peserta menulis nama mereka di atas kiub tersebut.

3. Fasilitator memberi arahan,

“Anda diminta menceritakan tentang hidup anda, negeri mana anda dibesarkan dan berapa kali anda berpindah. Anda perlu menggerakkan kiub apabila menceritakan tempat anda menetap. Jika anda diminta memilih satu tempat untuk menetap di manakah anda akan pilih? Mengapa?”

4. Peserta diberikan masa selama 5 minit bagi menceritakan hidup mereka. Peserta lain dibenarkan bersoal jawab dengan pembentang.





Pandang-pandang, cerita-cerita, lukis-lukis

Objektif: Memberikan kefahaman betapa pentingnya komunikasi dalam kumpulan.

Material: Gambar, pen marker dan kertas lukisan.

Perlaksanaan:

1. Sebuah lukisan diletakkan di sebuah bilik atau ruang tertutup.

2. Ketua kumpulan akan membahagikan kumpulan mereka kepada seorang pemandang, seorang pelukis dan baki ahli kumpulan akan menjadi talian telefon.

3. Pemandang akan diberi masa selama 3 minit untuk melihat gambar yang digantung di dalam sebuah bilik.

4. Setelah pemandang berpuas hati dengan ingatannya. Pemandang akan bergerak ke arah talian telefon yang merupakan ahli kumpulan yang berbaris. Pemandang akan menggambarkan apa yang dilihat sehingga beliau berpuas hati. Kemudian Talian 1 akan bergerak ke talian 2 untuk menyampaikan maklumat. Ia berterusa sehingga talian habis. Kemudian talian terakhir akan menyampaikan kepada pelukis. Pelukis akan melukis berdasarkan apa yang diceritakan kepadanya.

5. Hasil lukisan akan dibandingkan dengan lukisan asal.

6. Kenapakah ini terjadi? Bincangkan.

Perbincangan:

1. Mengapakah lukisan ini berbeza sedikit daripada lukisan asal?

2. Apakah kemungkinan-kemungkinan yang menyebabkan maklumat yang dikomunikasikan berubah?

3. Bagaimana hasil aktiviti ini dapat diperbaik?

Nota Fasilitator:

Komunikasi dalam kumpulan kadang kala terganggu disebabkan atas beberapa faktor. Antaranya ; penggunaan kata yang tidak tepat dalam mengkomunikasikan arahan dan tidak fokus semasa menerima arahan.

Sebaiknya dalam gerakkerja atau tugasan yang memerlukan pemindahan arahan pastikan orang yang menerima maklumat daripada kita jelas dan mampu menceritakan semula.

Ia dapat mengurangkan miscommunication yang apabila terjadi akan memberikan hasil yang tidak baik.

Kesimpulan:

Komunikasi amat penting dalam melaksanakan tugasan berkumpulan. Kita perlu menitik beratkan sekecil-kecil perkara dalam menyampaikan maklumat agar ia tidak menyusahkan kemudian hari.




100 Perkara Terpenting Hidup !

Objektif: Memberikan pengalaman kepada peserta bagaimana mereka menentukan keutamaan di dalam hidup.

Material: Pen dan kertas A4

Perlaksanaan:

1. Fasilitator mengagihkan pen dan kertas A4 kepada peserta.

2. Fasilitator memberi arahan,

Tulis 100 perkara yang kamu rasakan penting dalam hidup. Kamu diberikan masa selama 30 minit bagi menyelesaikan tugasan. Kamu dibenarkan berbincang dengan rakan kamu.”

3. Selepas 30 minit berlalu. Fasilitator memberi arahan selanjutnya,

“Kamu diminta memilih 10 perkara daripada perkara yang kamu senaraikan sebentar tadi yang kamu anggap terpenting.”

4. Selepas peserta selesai memilih, Fasilitator memberi arahan lagi,

“Andai kata kamu berpeluang hidup seminggu lagi sahaja, pilih satu daripada 10 perkara yang kamu anggap terpenting.”

5. Setiap pelajar diberi ruang untuk menceritakan pilihan mereka dan memberi hujah mengapa ia dianggap sebagai penting.


Perbincangan:

1. Mengapa keutamaan kamu berubah?

2. Apakah faktor yang kamu pertimbangkan apabila menentukan keutamaan?

Nota Fasilitator:

Keutamaan dalam hidup dipengaruhi oleh pelbagai perkara. Contohnya, orang muda keutamaan hidupnya sudah tentu berbera dengan orang yang berusia. Orang yang susah sudah tentu berbeza dengan orang yang senang.

Orang yang hidup sihat keutamaannya berbeza dengan orang yang diambang maut. Ada keutamaan hidup kita yang berubah oleh kerana itulah keputusan terbaik yang kita perlu ambil.

Namun, dalam membuat keutamaan apa-apa pun ia perlu dilihat dalam kerangka Islam. Bukan kerangka nafsu yang akan merosakkan diri dan masa hadapan di dunia dan akhirat.

Kesimpulan:

Pastikan sebelum membuat pertimbangan ia dinilai dan difikirkan sedalam-dalamnya. Lebih penting kita membuat pertimbangan mengikut garis panduan yang Islam telah tetapkan.





Lukisan Alam Kemas Kini
Objektif:
Memberi kesedaran sejauh mana hebatnya manusia namun dia tidak mampu mencipta sesuatu
yang dapat menandingi ciptaan Allah.
Material:
Pensel, kertas lukisan
Perlaksanaan:
Fasilitator mengagihkan kertas lukisan dan pensel kepada para peserta.
Fasilitator akan meminta mereka memilih apa sahaja pemandangan yang terdapat di sekitar mereka.
Cuba lukis setepat yang mungkin. Bagi masa selama sejam untuk melukis.
Minta peserta bandingkan lukisan mereka dengan pemandangan asal.
Perbincangan:
Adakah mereka dapat meniru pemandangan itu?
Jika ada dikalangan mereka yang benar-benar pandai melukis adakah ia akan sesempurna seperti yang asal?
Nota Fasilitator:
Kebolehan manusia terbatas, sebagai manusia kita janganlah sombong kerana kita tidak pernah memiliki apa-apa. Apa yang ada pada kita dunia ini hanyalah pinjaman.
Walaupun kita berusaha sekuat manapun kita tidak mampu menandingi ciptaan Allah.
Sehebat mana ilmu manusia, mereka masih perlu menanam padi bagi mendapatkan beras. Mereka tidak mampu mencantumkan DNA untuk menghasilkan beras di dalam makmal tanpa ditanam.
Sebagai manusia kita perlu menyedari kita adalah hamba. Bersyukurlah atas segala ciptaan Tuhan daripada kita cuba menjadi Tuhan seperti sesetengah orang.

Kesimpulan:

Kita adalah hamba yang diberikan keupayaan akal yang hebat daripada pencipta kita, Allah. Jangan kita berasa takbur dengan ilmu kita sehingga kita terlupa akan-Nya.






Rebah Bersambut

Objektif : Mengajar tentang kepercayaan, nyawa juga boleh menjadi taruhan kerana kepercayaan.

Material : Kerusi dan tilam

Catatan: Aktiviti dilakukan dalam kumpulan yang terdiri daripada rakan-rakan yang sudah lama berkenalan.

Perlaksanaan :

Peserta di minta berdiri membantuk bulatan.
Seorang peserta dipilih.
Fasilitator memberikan arahan,
“Kamu perlu memilih dua orang yang kamu paling percayai.”

Setelah peserta memilih dua orang teman yang paling dipercayai.
Fasilitator memberikan arahan,
“Rakan kamu ini akan merebahkan badannya. Kamu perlu menyambutnya. Oleh kerana, rakan kamu percaya kepada kamu. Kamu perlu menyambutnya.“

Setelah aktiviti selesai dilakukan, bincangkan aktiviti ini.

Perbincangan:

Apa yang kamu dapat pelajari daripada aktiviti ini?
Adakah kamu yakin untuk melakukan aktiviti bersama orang yang baru kamu kenali?
Bagaimana kamu boleh percaya kepada rakan-rakan kamu?

Kesimpulan:

Kepercayaan bukan terbina sehari. Apabila kita boleh meletakkan nyawa kita kepada seseorang maka ia cukup untuk menunjukkan betapa percayanya kita kepada seseorang itu.





Salah Tanggapan Budaya dan Islam

Objektif: Memberi pendedahan kepada peserta tentang berlakunya salah tanggapan di kalangan umat Islam sendiri berkaitan pakaian budaya dan pakaian Islam.
Material: Kamera Video atau Handphone Berkamera
Perlaksanaan:
Fasilitator memberikan arahan, ”Kamu diminta merakamkan temubual dengan 10 orang rakan-rakan kamu berkaitan apakah yang dimaksudkan dengan pakaian Islam. Setiap rakaman adalah antara 1-2 minit sahaja.”
Fasilitator, ” Kamu hanya dibenarkan merakam hanya dengan menggunakan kamera video atau handphone berkamera.”
Peserta diberikan masa selama 2 minggu untuk menyiapkan tugasan.
Semasa hari tugasan, peserta akan menunjukkan rakaman masing-masing.

Perbincangan:

Dalam aktiviti yang dijalankan adakah jelas berlaku salah faham antara pakaian Islam dan pakaian budaya?
Mengapakah ini berlaku?
Adakah orang cina dan india tidak boleh lagi memakai pakaian budayanya setelah dia memeluk Islam?
Baju Melayu atau baju kurung adakah pakaian budaya atau Islam? Fikir-fikirkan.

Kesimpulan:

Dalam Islam kita mempunyai prinsip dan fleksibliti. Menutup aurat dengan sempurna adalah wajib manakala fesyen pakaian kita adalah terpulang kepada kreativiti kita. Kita boleh memakai pakaian Cheong Sam, namun ia perlulah dilabuhkan atau diubah sedikit fesyennya. Islam bukanlah menyekat kita daripada bergaya tetapi ia masih ada sempadan yang wajib diikut.





Membilang Nikmat Kemas Kini
Objektif:
Menimbulkan kesedaran kepada peserta banyak nikmat Allah yang tidak mereka syukuri.
Material:
Whiteboard, pen marker dan Terjemahan Al-Qur’an
Perlaksanaan:
Para peserta diminta mengambil giliran menulis di whiteboard nikmat Allah yang diberikan kepada kita.
Apabila mereka terfikir tentang sesuatu nikmat terus tulis.
Bagi peserta masa selama 1 jam..
Selepas 1 jam berlalu. Bincangkan.
Perbincangan:
Adakah mereka tertinggal apa-apa lagi nikmat yang mungkin mereka terlupa tetapi disebut oleh rakan mereka?
Adakah semua nikmat akan habis ditulis jika dinding bangunan? Atau satu padang adakah mereka mampu menuliskan semua nikmat berkenaan?
Adakah benar kita banyak berdoa kepada Allah semoga kita mendapat sesuatu perkara atau benda tetapi melupakan apa yang sedia ada?
Pernahkah kita bersyukur?
Kesimpulan:
Jika kamu menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan sanggup menghitungnya.
(Ibrahim: 34)

Monday, April 4, 2011

30 e-book aktviti dan permainan akan menyusul.

Idea, jika hanya tersimpan. Ia hanya untuk diri.
Namun, jika ia ditulis dan dikongsikan dengan yang lain ia menjadi lebih bermanfaat.
Ia merupakan satu perjuangan, menulis 30 e-book aktiviti dan permainan islami pelbagai jenis dan peringkat umur adalah satu cabaran.
Alhamdulillah, pencarian idea selama 10 tahun sudah boleh mula ditulis dan dijual e-booknya (tidak semua akan dipromosikan secara terbuka). Jika ada potensi yang besar akan dihantar kepada penerbit untuk dibukukan.
Saya terdorong kerana dua orang yang berkata,"Saudara boleh menjadi jutawan jika betul-betul memfokuskan kepada idea membangunkan aktiviti dan permainan."
Saya menyahutnya sebagai satu cabaran. Bukan hanya wang ringgit menjadi nilaian, nilaiannya lebih besar daripada segala-galanya. Mengimpikan syurga.
InsyaAllah, permainan dan aktiviti menjadi jalan saya menikmati kesenangan dunia dan akhirat.

Wednesday, March 9, 2011

Merancang Jadual Hidup


i. Fasi akan mengedarkan jadual kepada peserta.
ii. Fasi pertama akan mengetuai perbincangan dengan menyuruh peserta mengisi pengalaman lalu.
iii. Fasi pertama seterusnya akan menyuruh peserta mengisi perancangan hidup akan datang dari aspek keduniaan dan materi.
iv. Fasi kedua pula akan meminta seseorang untuk memberikan perkongsian berkenaan pengisian yang telah dibuat.
v. Fasi kedua akan menjelaskan peri pentingnya perancangan akhirat dalam menentukan corak kehidupan masa depan.

Perbincangan:
Pertimbangan antara akhirat dan dunia penting bagi menjadikan dunia sebagai tempat persinggahan yang benar-benar member manfaat.
Peserta juga perlu didedahkan mengenai perkara yang ditinggalkan sebagai legasi bagi memberikan saham pahala selepas meninggalkan dunia.

Wednesday, March 2, 2011

Sejarah baru bermula. Tazkirah tanpa kata, terus mengikat jiwa.


Sejarah baru bermula. Tazkirah tanpa kata, terus mengikat jiwa.

Nantikan tazkirah cara baru yang segar dan menggembirakan jiwa. Sokongan Tuan dan Cik Puan melalui pesanan t-shirt ini memungkinkan ia berlaku. Insya Allah


Jika ada yang berminat membeli t-shirt ini sila hubungi saya di yusryyusopp@gmail.com.

Jenis T-shirt: Amerika lengan pendek.
Saiz: S - 6XL
Harga: RM25 + RM6 (kos penghantaran)

Sekiranya Tuan dan Cik Puan merasakan t-shirt ini dapat dimanfaatkan pada orang lain. Minta sebar-sebarkan kepada teman-teman. Mencipta banjir kempen Jom Solat!



Monday, February 28, 2011

Perkongsian dari blog Zamri Mohamad: Apabila T-shirt bercakap, si bisu pun bisa berdakw...

Zamri Mohamad: Apabila T-shirt bercakap, si bisu pun bisa berdakw...: "Pesanan sosial Entri ini ditulis dan disiarkan di blog, Facebook dan dikirim kepada setiap emel yang pernah berurusan dengan saya. Kerana se..."