Friday, August 14, 2009

Aktiviti-aktiviti Cadangan Untuk Bengkel Solat untuk Kanak2 dan Remaja...

Saya dihubungi oleh Bro Sazmani yang meminta pendapat saya berkenaan cadangan aktiviti yang boleh dilakukan semasa Program Smart Solat. Program ini memfokuskan kepada kanak-kanak yang berumur 6 tahun sehinggalah remaja yang berumur 13 tahun. Program ini adalah selama 3 jam. Selama 15 minit sesi brainstorming di telefon banyak idea berkaitan program yang kami dapat.

Di mana kami banyak memfokuskan tentang praktik tetapi dengan pelbagai pendekatan berbeza. Contohnya, apabila mengajar tentang wuduk, maka janganlah mengajar satu cara wuduk sahaja. Ia boleh dipelbagaikan. Wuduk dengan paip, wuduk dengan kolah, wuduk dengan setimba air, wuduk dengan sebotol air dan pelbagai lagi cara. Lalu, setelah selesai sesi praktikal maka kita buat satu pertandingan yang perlu mengulangi semula apa yang mereka pelajari. Bagi sesiapa yang dapat melakukan wuduk dengan sempurna dan bagi yang mencuba walaupun teragak2 masih akan mendapat ganjaran.



Bagi solat pula, kita boleh mulakan dengan mengajar praktikal lalu minta mereka mengulang semula. Jangan dimarahi, sentiasalah memotivasikan adik-adik ini untuk melakukan solat. Tanam dalam adik-adik bahawa tujuan kita dicipta adalah menyembah ALlah. Banyakkan memberi motivasi tentang ganjaran yang Allah bagi kepada orang melakukan suruhanNya. Janganlah asyik menggunakan pendekatan menakut-nakutkan mereka.


Jika anda ada kesempatan. Offerlah diri anda untuk membuat aktiviti Smart Solat di tempat anda. Semoga akan menarik lebih ramai adik-adik kita untuk mengenal ALlah dan mula beribadah kepada Allah.

Selamat Berprogram!!! :-)

0 comments:

Post a Comment