Saya dihubungi oleh seorang Motivator yang meminta saya memikirkan dan menggarap aktiviti dan permainan berkaitan dengan kepimpinan untuk sekolah rendah. Saya ambil tugasan ini sebagai cabaran kepada diri saya. Sedikit kajian perlu dibuat, insyaAllah jika tiada aral, ia boleh disiapkan dalam masa seminggu :-D
Satu kepuasan jika kepala otak ini akan dapat berjalan lagi. Memerah idea sehingga mencurah-curah. Lalu, curahan itu dicoretkan di atas kertas yang dengan izin Allah mungkin akan mengubah dunia. Walaupun dengan hanya permainan :-D
Bro Yusry@CReaTiVeSiFu
0 comments:
Post a Comment