Semasa sesi usrah, LDK, ceramah dan lain-lain lagi aktiviti.. kadang-kadang peserta kita akan berasa lesu.. Jadi sesuatu perlu dilakukan untuk menyegarkan mereka kembali.. Gelak ketawa dapat mengurangkan stress.. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan semasa sesi 'refresh' ini..
kadang-kadang kita boleh bermain permainan yang biasa seperti Goreng Pisang, 007, danpelbagai lagi yang boleh membuatkan kita dan peserta ketawa.. Di bawah ini terdapat contoh soalan Lateral Thinking yang dapat menyegarkan kembali peserta anda.. dalam lateral thinking apa sahaja jawapan adalah mungkin..
Di bawah ini disertakan 4 soalan Anti Bosan dari sampel 222 Aktiviti & Permainan Kreatif Islam.. Jawablah soalan ini diruangan komen.. saya akan kongsikan jawapannya kemudian.. sepanjang saya menggunakan soala-soalan ini dalam aktiviti saya ia menimbulkan suasana gelak ketwa dan menyegarkan kembali peserta-peserta saya..
Anti-Bosan 4
Jika
Seorang lelaki memandu bersendirian dengan keretanya memecut laju. Tiba-tiba dia hilang kawalan keretanya lalu melanggar pembahagi jalan dan menyebabkan keretanya menjunam ke dalam sungai yang mempunyai arus yang kuat.
Perlahan-lahan keretanya tenggelam sedikit demi sedikit. Pemuda itu menyedari bahawa tangannya patah dan dia tidak dapat melepaskan tali pinggangnya yang tersekat. Menyebabkan beliau terperangkap. Kereta tenggelam hingga ke dasar. Di mana dia masih terperangkap di dalam keretanya dan tidak mampu berbuat apa-apa.
Penyelamat tiba 2 jam kemudian, mereka menjumpai lelaki tersebut tenggelam di dalam sungai, tetapi anehnya dia masih hidup. Bagaimana ini boleh terjadi?
Anti-Bosan 17
Seorang lelaki mati kehausan dirumahnya sendiri. Kenapa?
Anti-Bosan 18
Seorang bayi jatuh dari bangunan 20 tingkat ke atas tanah dan didapati masih hidup. Kenapa?
0 comments:
Post a Comment