Objektif: Komunikasi arahan sebagai pemimpin.
Bahan: Kad arahan.
Perlaksanaan:
Fasilitator memberikan arahan, ”Pemimpin diminta memberikan arahan-arahan yang terdapat di dalam kad tersebut untuk dibuat oleh ahli kumpulan anda. Anda dibenarkan untuk memberi arahan dengan hanya menggunakan isyarat badan, tangan dan sebagainya. Pengunaan suara dan tulisan tidak dibenarkan semasa melakukan aktiviti ini.”
Arahan tersebut boleh dipelbagaikan; Contoh: Sapu sampah, kutip daun kering, angkat pasu ke sana dan arahan-arahan lain yang difikirkan sesuai.
Kumpulan diberi masa selama 20 minit untuk menyelesaikan sebanyak mungkin arahan yang tercatat dalam kad arahan.
Variasi: Pelbagaikan arahan yang pelik akan menjadikan aktiviti ini lebih menyeronokkan. Contoh: Basahkan pokok anda dengan menggunakan tangan.
0 comments:
Post a Comment