Objektif:
Menunjukkan manusia mampu pergi lebih jauh dari apa yang
difikirkannya.
Material: Pita pelekat berwarna.
Perlaksanaan:
1. Fasilitator meminta peserta beratur menghadap dinding.
2. Setiap peserta diminta menyentuh dinding setinggi mana
yang mereka mampu.
3. Setiap ketinggian yang mampu dicapai oleh hujung jari
mereka akan ditandakan.
4. Kemudian, setelah selesai semua peserta ditanda.
Fasilitator akan menaikkan aras ketinggian sebanyak 5 cm
bagi setiap ketinggian tadi yang telah dicatat.
5. Para peserta diminta mencuba semula ditempat mereka
diukur tadi untuk mencapai ketinggian baru yang
dinaikkan.
Perbincangan:
a. Adakah semua peserta mampu mencapai aras yang
ditinggikan?
b. Apa yang perlu dibuat oleh semua orang untuk
memastikan mereka dapat memegang ketinggian
baru?
c. Begitulah kehidupan kadangkala, kita fikirkan yang
kita hanya mampu berusaha sehingga ke satu tahap
sahaja. Sebenarnya jika lebih bersungguh-sungguh
dan bersusah sedikit kita akan mendapat lebih dari
yang kita rasa kita mampu.
d. Allah kadangkala memberikan pelbagai ujian, amanah
dan tanggungjawab yang pada pandangan kita tiada
kemampuan. Sebenarnya jika kita ingin berusaha dan
memperbaiki diri kita akan dapat menanggungnya..
Kesimpulan: (Surah Al-Baqarah, 2:286)
0 comments:
Post a Comment