Saya baru pulang daripada mengajar tuisyen di Pandan Indah. Inilah anak-anak murid saya. Mereka akan mengambil PMR tahun ni. Jadi banyakla latihan yang saya berikan kepada mereka. Mereka ini boleh dikategorikan sebagai pelajar sederhana. Tetapi saya mengagumi semangat mereka yang ingin berusaha. Di tengah-tengah sesi belajar. Saya tunjukkan kepada mereka satu video tentang perlumbaan antara Burung Unta dengan Penguin.
Dalam video ni. Saya katakan kepada mereka. ”Walaupun kamu umpama penguin tapi jika sanggup usaha sedikit demi sedikit dan tidak berputus asa maka kamu akan mencapai kejayaan. Mungkin langkah kamu ambil pendek. Sependek kaki penguin jika mahu dibandingkan dengan kaki burung unta. Tetapi jika kamu berusaha dan bersungguh. Kejayaan adalah milik kamu.”
Bila mengajar. Ia bukan sahaja mengajar tentang membuat latihan dengan betul. Tetapi memotivasikan mereka agar sanggup berusaha unutk berjaya. Saya cuma datang membantu mereka seminggu sekali. Jika mereka mahu berjaya. Mereka perlu membantu diri mereka dengan berusaha 6 hari tanpa saya di sisi mereka.
Saya dapati pelajar melayu kurang motivasi. Salah satu sebab saya dapati kerana mereka tiada matlamat hidup. Maka mereka sesat dan mengikut sahaja arus yang akan mendamparkan mereka ke mana sahaja. Dengan membantu mereka agar mengenalapsti matlamat hidup. Maka kejayaan demi kejayaan akan dicapai kerana mereka akan termotivasi unutk menjadikan matlamat itu satu realiti. Jadi sesiapa yang terlibat dalam mendidik saya berharap sangat dapat memotivasikan mereka (pelajar2) walaupun hanya sebulan sekali. Sebagai guru tuitsyen saya hanya mampu melakukannya seminggu sekali.

"pelajar melayu kurang motivasi... kerana mereka tiada matlamat hidup."
ReplyDeleteKenapa tiada matlamat hidup? Apakah 'matlamat hidup' yang sewajarnya dimiliki oleh pelajar-pelajar Melayu/Islam/Muslim?