Tuesday, December 7, 2010

TV dan Radio Islam

Objektif:
Merealisasikan pemikiran kreatif remaja belia tentang Islam yang sesuai dengan diri mereka.

Material:
Handphone yang boleh membuat rakaman video atau kemera video.

Perlaksanaan:
1. Minta peserta pendapat tentang rancangan TV atau Radio Islam yang ada pada masa sekarang. Adakah mereka berpuas hati dengan rancangan yang ada sekarang?
2. Para peserta akan diberikan tugasan individu atau berkumpulan yang mana mereka perlu membuat rakaman video atau audio yang paling kreatif untuk tajuk yang berkaitan Islam. Tempoh rancangan ialah selama 5 minit.
3. Peserta akan dipecahkan kepada beberapa slot yang berlainan:

a. Dokumentari
b. Gameshow
c. Rancangan Temubual
d. Lawak
e. Rancangan memasak
f. Iklan

4. Peserta perlu memikirkan bagaimana elemen islam boleh dimasukkan dalam rancangan berkenaan.
5. Peserta diberi masa 2 minggu untuk menyiapkan rakaman.
6. Semasa hari penyiaran, kesemua rakaman akan dicantumkan menjadi satu rancangan TV Islam.

Variasi:
Fasilitator juga boleh membuat rancangan Radio Islam dengan menggunakan perakam suara.

Kesimpulan:
Seiring dengan zaman maka Islam perlu ditampilkan dengan cara yang kreatif asalkan tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Namakan Nilai Ini

Objektif:
Menyenaraikan nilai baik dan bagaimana menunjukkannya.

Bahan:
Kad yang telah dicatatkan nilai-nilai seperti; pemurah, penyayang, bersopan, berani
dan lain-lain lagi yang difikirkan sesuai.
Perlaksanaan:
1. Terangkan kepada peserta yang mereka akan diagihkan kad-kad yang mana
mereka tidak boleh menunjukkan kad tersebut kepada sesiapapun.
2. Setiap orang perlu berlakon tentang nilai yang di tunjukkan dalam kad
mereka.
3. Setiap seorang diberi peluang selama 30 saat untuk melakonkan nilai yang
mereka bawa.
4. Ahli kumpulan lain perlu meneka nilai tersebut.
5. Selepas semua ahli kumpulan telah selelsai menjalankan aktiviti tersebut.

Perbincangan:
1. Bagaimana kita dapat mengesan sesuatu nilai yang baik?
2. Adakah susah kita hendak menonjolkan nilai-nilai yang baik? Apakah
kesan menunjukkan nilai-nilai yang baik?
3. Apakah yang dianjurkan Islam tentang nilai-nilai yang baik?

Kesimpulan:
Nilai yang baik yang kita tunjukkan akan memberi kesan kepada orang lain.

Penggunaan Permainan Dalam Usrah