Monday, April 4, 2011

30 e-book aktviti dan permainan akan menyusul.

Idea, jika hanya tersimpan. Ia hanya untuk diri.
Namun, jika ia ditulis dan dikongsikan dengan yang lain ia menjadi lebih bermanfaat.
Ia merupakan satu perjuangan, menulis 30 e-book aktiviti dan permainan islami pelbagai jenis dan peringkat umur adalah satu cabaran.
Alhamdulillah, pencarian idea selama 10 tahun sudah boleh mula ditulis dan dijual e-booknya (tidak semua akan dipromosikan secara terbuka). Jika ada potensi yang besar akan dihantar kepada penerbit untuk dibukukan.
Saya terdorong kerana dua orang yang berkata,"Saudara boleh menjadi jutawan jika betul-betul memfokuskan kepada idea membangunkan aktiviti dan permainan."
Saya menyahutnya sebagai satu cabaran. Bukan hanya wang ringgit menjadi nilaian, nilaiannya lebih besar daripada segala-galanya. Mengimpikan syurga.
InsyaAllah, permainan dan aktiviti menjadi jalan saya menikmati kesenangan dunia dan akhirat.

4 comments:

  1. bagaimana boleh membeli e-book ini?

    ReplyDelete
  2. E-mel saya di yusryyusopp@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Brother Yusry,

    Saya pernah beli modul usrah yang bro buat sebelum ini :) Tak silap saya awal tahun 2009 atau 2010. Sangat bermanfaat. Sehingga kini masih saya gunakan dengan beberapa pengubahsuaian mengikut situasi.

    Ummu Khaulah (ex-student IPIK)

    ReplyDelete