
Berbanding buku usrah lain yang memfokuskan kepada kandungan perbincangan usrah semata-mata. Buku ‘Tip & Trik Usrah’ datang dengan satu pendekatan baru. Memfokuskan kepada cara perlaksanaan usrah itu sendiri.
Buku ini digunakan bagi mengasah skil-skil berkaitan pengendalian usrah berkesan. Ia bukan sahaja berkaitan skil yang perlu diasah oleh Naqib/ah malahan ia membekalkan juga kaedah berinteraksi dengan kepelbagaian ragam ahli usrah.
Buku ini juga memberikan idea-idea menarik, kreatif dan menyeronokkan dalam menjadikan suasana usrah lebih segar dan memikat hati ahli usrah.
Bagaimana buku ini disusun?
Buku ini disusun mengikut bahagian seperti berikut. Setiap bahagian ini mempunyai fokus yang tertentu dalam memastikan perlaksanaan usrah berjalan dengan lancar dan efektif.
· Bahagian I : Dunia Usrah dan Naqib/ah
Mengupas sepintas lalu perkara-perkara asas berkaitan usrah. Ia wajib dibaca bagi Naqib/ah dan Pembantu Naqib/ah dalam mendapatkan gambaran usrah secara ‘big picture’.
Bahagian ini amat membantu bagi mereka yang tidak pernah terlibat dalam usrah namun berminat menubuhkan kumpulan usrah sendiri atau usrah indie.
· Bahagian II: Naqib/ah Berpengaruh
Bagaimana menjadi naqib/ah berpengaruh? Sudah tentu ia bukanlah usaha dalam semalam. Bahagian ini akan mengupas perkara-perkara penting dalam menjadikan diri saudara Naqib/ah berpengaruh.
Seseorang yang mampu mentransformasi ahli usrah di bawah bimbingan saudara menjadi seorang yang hebat.
· Bahagian III: Teknik-Teknik Mengendali Usrah
Pengendalian usrah berkesan menarik minat ahli usrah untuk kekal lama dalam sesi kendalian saudara. Bahagian ini memberikan teknik-teknik berguna bagi memastikan usrah dikendalikan sebaik mungkin. Teknik-teknik ini bukanlah bakat, ia adalah perkara yang boleh diajar. Ia perlu diaplikasikan secara kerap agar skil saudara bertambah baik dari hari ke hari.
· Bahagian IV: Tip dan Trik Kendali Usrah
Sesuai dengan namanya Tip dan Trik akan memberikan tip dan trik berguna dalam berinteraksi dengan ahli-ahli usrah yang tidak berminat atau mahu lari daripada sesi usrah.
Sebelum menyalahkan ahli usrah 100%, cuba renungi dahulu. Adakah saudara pasti mereka bukan menjadi begitu kerana saudara sendiri. Fikir-fikirkan.
· Bahagian V Aktiviti dan Permainan Usrah
Ransang ahli usrah dengan aktiviti dan permainan yang mampu menarik perhatian mereka. Ia bukan sahaja sekadar berseronok tetapi setiap satunya memberikan pengajaran bermakna kepada kumpulan usrah.
Pelbagaikan kaedah perlaksanaan usrah agar ahli usrah tidak merasa bosan. Ingat Nabi Muhammad sendiri pun mempunyai pendekatan pelbagai dalam mendidik para sahabat baginda.
0 comments:
Post a Comment