Tuesday, February 28, 2012

Monday, February 27, 2012

Bagaimana menggunakan buku ini?



Berbanding buku usrah lain yang memfokuskan kepada kandungan perbincangan usrah semata-mata. Buku ‘Tip & Trik Usrah’ datang dengan satu pendekatan baru. Memfokuskan kepada cara perlaksanaan usrah itu sendiri.

Buku ini digunakan bagi mengasah skil-skil berkaitan pengendalian usrah berkesan. Ia bukan sahaja berkaitan skil yang perlu diasah oleh Naqib/ah malahan ia membekalkan juga kaedah berinteraksi dengan kepelbagaian ragam ahli usrah.

Buku ini juga memberikan idea-idea menarik, kreatif dan menyeronokkan dalam menjadikan suasana usrah lebih segar dan memikat hati ahli usrah.

Bagaimana buku ini disusun?

Buku ini disusun mengikut bahagian seperti berikut. Setiap bahagian ini mempunyai fokus yang tertentu dalam memastikan perlaksanaan usrah berjalan dengan lancar dan efektif.

· Bahagian I : Dunia Usrah dan Naqib/ah

Mengupas sepintas lalu perkara-perkara asas berkaitan usrah. Ia wajib dibaca bagi Naqib/ah dan Pembantu Naqib/ah dalam mendapatkan gambaran usrah secara ‘big picture’.

Bahagian ini amat membantu bagi mereka yang tidak pernah terlibat dalam usrah namun berminat menubuhkan kumpulan usrah sendiri atau usrah indie.

· Bahagian II: Naqib/ah Berpengaruh

Bagaimana menjadi naqib/ah berpengaruh? Sudah tentu ia bukanlah usaha dalam semalam. Bahagian ini akan mengupas perkara-perkara penting dalam menjadikan diri saudara Naqib/ah berpengaruh.

Seseorang yang mampu mentransformasi ahli usrah di bawah bimbingan saudara menjadi seorang yang hebat.

· Bahagian III: Teknik-Teknik Mengendali Usrah

Pengendalian usrah berkesan menarik minat ahli usrah untuk kekal lama dalam sesi kendalian saudara. Bahagian ini memberikan teknik-teknik berguna bagi memastikan usrah dikendalikan sebaik mungkin. Teknik-teknik ini bukanlah bakat, ia adalah perkara yang boleh diajar. Ia perlu diaplikasikan secara kerap agar skil saudara bertambah baik dari hari ke hari.

· Bahagian IV: Tip dan Trik Kendali Usrah

Sesuai dengan namanya Tip dan Trik akan memberikan tip dan trik berguna dalam berinteraksi dengan ahli-ahli usrah yang tidak berminat atau mahu lari daripada sesi usrah.

Sebelum menyalahkan ahli usrah 100%, cuba renungi dahulu. Adakah saudara pasti mereka bukan menjadi begitu kerana saudara sendiri. Fikir-fikirkan.

· Bahagian V Aktiviti dan Permainan Usrah

Ransang ahli usrah dengan aktiviti dan permainan yang mampu menarik perhatian mereka. Ia bukan sahaja sekadar berseronok tetapi setiap satunya memberikan pengajaran bermakna kepada kumpulan usrah.

Pelbagaikan kaedah perlaksanaan usrah agar ahli usrah tidak merasa bosan. Ingat Nabi Muhammad sendiri pun mempunyai pendekatan pelbagai dalam mendidik para sahabat baginda.

Thursday, February 16, 2012

Permainan Al-Qur'an

Al-Qur’an | 20 Soalan Seseorang Dari Al-Qur’an

Setiap ahli usrah perlu memilih nama seseorang yang disebut dalam a-Qur’an. Ahli Usrah boleh bertanya hanya 20 soalan yang hanya boleh dijawab dengan Ya atau Tidak. Peserta hendaklah meneka siapakah tokoh mereka itu.

Contoh:

Adakah dia seorang lelaki? Ya

Adakah dia seorang nabi? Ya

Adakah dia mempunyai tongkat? Tidak

Adakah dia membina kapal? Tidak

Adakah dia mempunyai isteri bernama Hawa? Ya.

Jawapan: Adam

Musafir

Musafir

Dalam pemusafiran banyak perkara yang boleh dipelajari. Kita belajar tentang kepelbagaian manusia. Malahan kita belajar tentang diri kita sendiri. Bagi menambahkan ukhuwwah dalam kumpulan usrah. Naqib/ah digalakkan mengadakan satu musafir selama tiga hari dan dua malam. Bagi Naqib/ah yang masih dibawah umur, musafir ini perlulah diiringi oleh orang dewasa.

Diberi beberapa cadangan aktiviti semasa musafir diadakan. Aktiviti ini adalah bagi menguji dan menambahkan kepekaan kita lagi dalam melihat kekuasaan Allah dalam perjalanan musafir kita itu.

Aktiviti

Ambil gambar yang menarik dan aneh sepanjang musafir. Buat satu blog atau buku catatan apa yang kamu belajar daripada peristiwa tersebut.

Petikan buku 'Tip & Trik Usrah'